Di AirAsia, kami melihat diri kami bukan sebagai pengendali syarikat
penerbangan, tetapi lebih kepada sebuah syarikat insan yang kebetulan
terlibat dalam perniagaan penerbangan. Memahami insan membolehkan kami
mengenali keperluan sebenar para penumpang yang bijak memilih dan
menyediakan perkhidmatan dan produk utama untuk memberikan kepuasan
penuh kepada tetamu kami, setiap seorang mempunyai keperluan dan
kehendak yang unik.
AirAsia telah mencetuskan revolusi perjalanan melalui udara dengan
semakin ramai orang di rantau sekeliling memilih kami sebagai pilihan
pengangkutan udara yang utama. Di samping berusaha secara berterusan
dalam mempromosikan perjalanan melalui udara, kami turut berusaha
mewujudkan keterujaan dalam kalangan tetamu kami dengan menawarkan
pelbagai perkhidmatan inovatif dan peribadi.
Kumpulan AirAsia menyediakan perkhidmatan untuk rangkaian yang paling
meluas merentas Asia & Australia yang merangkumi anggota gabungan
syarikat penerbangan yang berikut:
AirAsia Berhad (Malaysia) - Kod syarikat penerbangan: AK
Ditubuhkan pada 2001 dan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad pada November 2004, dengan pusat-pusat di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Penang, Johor Baru dan Kuching.

AirAsia Indonesia - Kod syarikat penerbangan: QZ
Ditubuhkan pada 8 Disember 2004, melalui usaha sama antara AirAsia International Ltd. dan PT. Awair International, dengan pusat-pusat di Jakarta, Bandung, Bali, Surabaya dan Medan.

Thai AirAsia - Kod syarikat penerbangan: FD
Ditubuhkan pada 2003 sebagai usaha sama antara Asia Aviation dan AirAsia Investment, dan telah disenaraikan di Bursa Saham Thailand pada Mei 2012. Thai AirAsia memulakan penerbangan komersil sulungnya pada 4 Februari 2004 dari Bangkok ke Hat Yai dan kini beroperasi dari pusat-pusat di Bangkok, Phuket dan Chiang Mai.

AirAsia Filipina - Kod syarikat penerbangan: PQ
Ditubuhkan pada 2010 sebagai AirAsia Inc. dan 60% dimiliki dalam perkongisan sama rata oleh usahawan Filipina dan 40% dimiliki oleh AirAsia Berhad melalui anak syarikat milik penuh AirAsia International Inc, yang beroperasi dari pusatnya di Manila.

AirAsia India - Kod syarikat penerbangan: I5
Ditubuhkan pada 2013 sebagai usaha sama antara Tata Sons Limited, Telestra Tradeplace Pvt Ltd & AirAsia. Pada masa ini syarikat penerbangan ini mengendalikan penerbangan dari pangkalan semasanya di Bangalore ke Chennai, Kochi dan Goa, Jaipur dan Chandigarh.

AirAsia Zest - Kod syarikat penerbangan: Z2
Syarikat Penerbangan Kos Rendah ZestAir telah dijenamakan semula sebagai AirAsia Zest pada 2013 untuk menggambarkan perkongsiannya dengan AirAsia. Pada masa ini, syarikat ini menyediakan perkhidmatan untuk sembilan laluan domestik dan empat laluan antarabangsa dari Manila.

AirAsia X - Kod syarikat penerbangan: D7
Ditubuhkan pada 2007, syarikat ini merupakan syarikat penerbangan anggota gabungan kos rendah jarak jauh bagi Kumpulan AirAsia dan mengendalikan penerbangan ke destinasi di rantau Asia Pasifik pada masa ini. Beroperasi dari pusatnya di Kuala Lumpur.

Thai AirAsia X - Kod syarikat penerbangan: XJ
Ditubuhkan pada 2014, syarikat ini merupakan lanjutan kepada syarikat penerbangan kos rendah terulung di Asia, AirAsia, dan berusaha untuk menyediakan tambang rendah setiap hari kepada penumpang yang mahu pergi ke destinasi yang melebihi empat jam masa penerbangan dari pusatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang Bangkok.

Indonesia AirAsia X - Kod penerbangan: XT
Indonesia AirAsia X adalah pengangkut jarak jauh pertama Indonesia yang berkos rendah dan merupakan gabungan AirAsia Group. Syarikat penerbangan kini menawarkan penerbangan terus dari Denpasar, Bali ke Melbourne, Australia. Indonesia AirAsia X mengendalikan Airbus A330-300s, dengan konfigurasi tempat duduk sebanyak 12 tempat duduk Kelas Perniagan dan 365 tempat duduk Ekonomi. Visi kami adalah untuk memantapkan kedudukan kami sebagai peneraju negara dan global dalam penerbangan jarak jauh dan berkos rendah dan untuk mewujudkan rangkaian yang kukuh bersama-sama dengan pengakut AirAsia Group yang lain.

No comments:
Post a Comment