Visi kami
Menjadi
syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia dan memberikan
perkhidmatan kepada 3 bilion orang yang kini tidak mendapat perkhidmatan
yang maksimum kerana sambungan yang kurang dan tambang yang tinggi.
Misi kami
- Pekerja dilayan seperti ahli sebuah keluarga besar dan menjadi syarikat terbaik untuk bekerja
- Mencipta jenama ASEAN yang dikenali dunia
- Mencapai kos terendah yang menjadikan sesiapapun boleh terbang dengan AirAsia
- Mengekalkan produk berkualiti paling tinggi, merangkumi teknologi bagi mengurangkan kos dan menambah tahap perkhidmatan
Nilai kami
Kami adalah Allstars dan kami...
- Menyeronokkan Menyeronokkan bermakna kami meraikan kehidupan. Ia bermakna kami ketawa lebih kuat, terseyum lebih lebar dan kami boleh menjadi diri sendiri yang unik. Kami kumpulan yang peramah dan kami gemar berkongsi idea dan penyelesaian untuk mewujudkan keadaan yang lebih baik. Lagipun, keseronokan sememangnya untuk dikongsi bersama.
- Penyayang Perasaan sayang menimbulkan rasa senang dan mesra dalam diri, jadi kami menunjukkan kasih sayang kepada tetamu kami dengan layanan yang membuat mereka berasa selesa.
- Bersungguh-sungguh
-
Bersungguh-sungguh bermakna kami sanggup berusaha sedaya upaya untuk
mencapai tujuan yang lebih besar. Kata orang, mereka yang
bersungguh-sungguh boleh mengubah dunia dan itu ialah sesuatu yang amat
penting bagi kami.
- Penuh dengan integriti Kami percaya apa sahaja yang berbaloi untuk dilakukan, wajar dilakukan dengan betul. Ini berkaitan dengan kami melakukan perkara yang betul pada setiap masa.
- Mementingkan keselamatan Syarikat penerbangan yang selamat ialah syarikat penerbangan yang ceria. Keselamatan tetamu kami amat kami utamakan, oleh itu kami melaksanakan tugas kami dengan teliti. Demi keselamatan, kesemuanya penting tidak kira sekecil mana sekalipun.
- Bekerja keras Ini bermakna satu pasukan yang bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama. Sama ada dalam memenuhi masa putaran 25 minit kami atau memastikan anda dihubungkan dengan destinasi terbaik pada harga yang terendah, kami melakukannya sebagai satu pasukan. Semua untuk satu. Satu untuk semua.

