Di AirAsia, kami melihat diri kami bukan sebagai pengendali syarikat
penerbangan, tetapi lebih kepada sebuah syarikat insan yang kebetulan
terlibat dalam perniagaan penerbangan. Memahami insan membolehkan kami
mengenali keperluan sebenar para penumpang yang bijak memilih dan
menyediakan perkhidmatan dan produk utama untuk memberikan kepuasan
penuh kepada tetamu kami, setiap seorang mempunyai keperluan dan
kehendak yang unik.
AirAsia telah mencetuskan revolusi perjalanan melalui udara dengan
semakin ramai orang di rantau sekeliling memilih kami sebagai pilihan
pengangkutan udara yang utama. Di samping berusaha secara berterusan
dalam mempromosikan perjalanan melalui udara, kami turut berusaha
mewujudkan keterujaan dalam kalangan tetamu kami dengan menawarkan
pelbagai perkhidmatan inovatif dan peribadi.
Kumpulan AirAsia menyediakan perkhidmatan untuk rangkaian yang paling
meluas merentas Asia & Australia yang merangkumi anggota gabungan
syarikat penerbangan yang berikut:
AirAsia Berhad (Malaysia) - Kod syarikat penerbangan: AK
Ditubuhkan pada 2001 dan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia
Securities Berhad pada November 2004, dengan pusat-pusat di Kuala
Lumpur, Kota Kinabalu, Penang, Johor Baru dan Kuching.
AirAsia Indonesia - Kod syarikat penerbangan: QZ
Ditubuhkan pada 8 Disember 2004, melalui usaha sama antara AirAsia
International Ltd. dan PT. Awair International, dengan pusat-pusat di
Jakarta, Bandung, Bali, Surabaya dan Medan.
Thai AirAsia - Kod syarikat penerbangan: FD
Ditubuhkan pada 2003 sebagai usaha sama antara Asia Aviation dan AirAsia
Investment, dan telah disenaraikan di Bursa Saham Thailand pada Mei
2012. Thai AirAsia memulakan penerbangan komersil sulungnya pada 4
Februari 2004 dari Bangkok ke Hat Yai dan kini beroperasi dari
pusat-pusat di Bangkok, Phuket dan Chiang Mai.
AirAsia Filipina - Kod syarikat penerbangan: PQ
Ditubuhkan pada 2010 sebagai AirAsia Inc. dan 60% dimiliki dalam
perkongisan sama rata oleh usahawan Filipina dan 40% dimiliki oleh
AirAsia Berhad melalui anak syarikat milik penuh AirAsia International
Inc, yang beroperasi dari pusatnya di Manila.
AirAsia India - Kod syarikat penerbangan: I5
Ditubuhkan pada 2013 sebagai usaha sama antara Tata Sons Limited,
Telestra Tradeplace Pvt Ltd & AirAsia. Pada masa ini syarikat
penerbangan ini mengendalikan penerbangan dari pangkalan semasanya di
Bangalore ke Chennai, Kochi dan Goa, Jaipur dan Chandigarh.
AirAsia Zest - Kod syarikat penerbangan: Z2
Syarikat Penerbangan Kos Rendah ZestAir telah dijenamakan semula sebagai
AirAsia Zest pada 2013 untuk menggambarkan perkongsiannya dengan
AirAsia. Pada masa ini, syarikat ini menyediakan perkhidmatan untuk
sembilan laluan domestik dan empat laluan antarabangsa dari Manila.
AirAsia X - Kod syarikat penerbangan: D7
Ditubuhkan pada 2007, syarikat ini merupakan syarikat penerbangan
anggota gabungan kos rendah jarak jauh bagi Kumpulan AirAsia dan
mengendalikan penerbangan ke destinasi di rantau Asia Pasifik pada masa
ini. Beroperasi dari pusatnya di Kuala Lumpur.
Thai AirAsia X - Kod syarikat penerbangan: XJ
Ditubuhkan pada 2014, syarikat ini merupakan lanjutan kepada syarikat
penerbangan kos rendah terulung di Asia, AirAsia, dan berusaha untuk
menyediakan tambang rendah setiap hari kepada penumpang yang mahu pergi
ke destinasi yang melebihi empat jam masa penerbangan dari pusatnya di
Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang Bangkok.
Indonesia AirAsia X - Kod penerbangan: XT
Indonesia AirAsia X adalah pengangkut jarak jauh pertama Indonesia yang
berkos rendah dan merupakan gabungan AirAsia Group. Syarikat penerbangan
kini menawarkan penerbangan terus dari Denpasar, Bali ke Melbourne,
Australia. Indonesia AirAsia X mengendalikan Airbus A330-300s, dengan
konfigurasi tempat duduk sebanyak 12 tempat duduk Kelas Perniagan dan
365 tempat duduk Ekonomi. Visi kami adalah untuk memantapkan kedudukan
kami sebagai peneraju negara dan global dalam penerbangan jarak jauh dan
berkos rendah dan untuk mewujudkan rangkaian yang kukuh bersama-sama
dengan pengakut AirAsia Group yang lain.